Thursday, January 6, 2011

Kelantan Banjir ?

Kebanyakan tempat di Kelantan dilimpahi air.Air ini bukannya datang dari sungai berdekatan seperti banjir sebelumnya.Ia berpunca daripada hujan yang turun sepanjang hari.Kegagalan sistem perparitan menyebabkan air bertakung.*Agak kesal :(
Suhu of coz la sejuk.Kalau minggu depan hujan lagi,aku tak teragak-agak bawa sweater.Hello ! Aku taknak mati kesejukan ! Haha

Bila jenguk tingkap dari kelas.Nampak air bertakung di kawasan garaj guru. :D
Tetiba saja rasa teruja teramat sangat. *Main air !! Haha
Tapi tak kesampaian sebab ada kelas lagi.Terus lupa air yang memanggil-manggil mesra supaya bermain dengannya.

Balik time ! Haha.Hujan still tak ada tanda-tanda nak berhenti. Sambil-sambil tunggu lovely abah datang jemput puteri yang sorang ni,aku tengok saja hujan.Mata makin galak.Dah jadi makin bulat.Haha.Aku lihat air-air jatuh dari bumbung.Cantik ! Haha.Geram nak main air.*Datang nafsu tadi haha.
Pandang kiri kanan.Bimbang ada minah kepoh yang jaja cerita pelajar Form 5 macam orang gila main air hujan dari bumbung sambil ketawa dan berborak.
Okey ! Pass :D *Green Light Haha
Terus tadah tangan sambil borak-borak dengan Nabilah (Bayi aku).Bila tangan dah penuh dengan air aku percikkan kat muka Nabilah :D *Sial aje kan ?
Dia pun buat benda sama. *Berjangkit jugak ! Bilah pun pulang.Aku keseorangan! Sunyi !

Tak lama lepas tu,Dhilah(Bayi sekelas) datang.Dia pakai kasut without stokin sebab baru selesai solat.Then die ajak aku."Main air jom !"
Aku terus excited.Muka terus berseri-seri.Bibir tu rasa nak terkoyak sebab senyum."Kat mana?"
"Ala kat sini aje.Jomlah"
Aku terus buang stokin dan pakai kasut saja.Okey! Sudah sedia ! :D
Dengan muka sepolosen dua budak tak cukup akal ini pun meredah hujan.Slow motion :D
*Motif sebab nak main hujan la wei
Pergi luar sekolah.Main air tepi jalan.Ramai jugak la manusia yang waras tengok! Ada yang mengeleng.Ada yang tengok tak berkedip.Hei,lantak aku la !Hidup aku !
Lepas tu masuk balik :D *Kepuasan tak sampai maksimum walaupun bibir aku dah biru sebab sejuk.Then kami ke kawasan garaj.Slow motion jugak.Ada Form 1 student ketawa tengok kitaorang.Haha.Betul-betul gila punya kerja.
Main lah air kat situ.Baju aku dah basah.Tudung pun sama.Menampakkan warna kulit aku sebab baju aku diperbuat dari kain jarum patah.Terasa seksi pulak ! Terlebih dah.Haha
Lepas tu nak cakap lagi gila.Kami keluar melalui pintu besar sekolah dan masuk melalui pintu kecil yang agak jauh dan terpaksa meredah hujan.Tempat yang 'selamat' ada tapi gatal jugak nak main hujan.Tengah jalan dalam kesejukan.Maharaja abah sudah pun sampai.
Makin gelabah *"Mati la aku.Abah mesti marah."
Buka aje pintu kereta.Abah tanya aje dari mana.Dan senyap di situ.Bisu sampai ke rumah.

Dan berakhir di situ.:D


Minggu Pertama

Salam ~
Alhamdulillah
Berjaya dengan cemerlangnya menempuh minggu pertama persekolahan.
Semua daki-daki kemalasan dan perasaan hiba kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku bukan lagi kanak-kanak ribena yang makan lolipop sepolosen sedang diatasi perlahan-lahan. *mengengsot mungkin ? haha
Tahun ini genting,penuh gusar dan debar *kenapa ayat harus begitu berkonflik?
Sejujurnya aku masih belum tahu benar apa itu SPM
Setahu aku :
1.SPM adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
2.Wajib bagi pelajar Tingkatan 5 setiap sekolah di Malaysia.
3.Kalau gagal tak dapat jejak kaki ke universiti * tadika besar haha
4.Peluang kerja dan masa depan pun gelap saja kalau SPM gagal ! gagal ! gagal !

Mahu tak mahu,aku dah pun jadi calon SPM !!
-Will trying so hard to get rid my biggest bad attitude : LAZY /MALAS
-Bakal berjuang dengan 36 manusia lain di kelas 5O.
Kita akan jadi manusia yang rapat hingga ketat antara satu sama lain.
Setahun kita akan bermadu kasih dan beradu cinta di dalam kelas 5O.
-Bakal penat dan lelah dengan jadual yang padat maksimum
Kelas tambahan,Study Group,Kelas Pemulihan,Motovasi
-Akan kurang berdating dengan si Fudden di phone * kalau phone tak dirampas dan disita haha
Takut beliau dikebas orang *Tarik muka 14 lapis haha
-Akan kurang merewang bersama kawan-kawan makan ABC dan berbual macam tak ingat dunia
Okey ! Kadang-kadang kita buat jugak okey ? haha
-Bakal sakit bahu sebab bawa buku banyak-banyak pergi sekolah haha :D
-Bakal kurang lagi beberapa kilogram dan tinggal hanya tulang temulang ramping sebab akan kurang makan
-Bakal ada eyebag kat mata sebab kurang tidur.Bila tengok cermin mula keliru.Haha.
Imej yang ter-refleksi itu aku ke panda cina ? haha

Konklusinya,apapun akibat musabab implikasi natijahnya ,
Rempuh saja ! Haha !! Semangat mesti berkobar-kobar ! Api motivasi harus selalu membara !
Gomo SPM Gomo ! Yeahh :D