Thursday, January 6, 2011

Minggu Pertama

Salam ~
Alhamdulillah
Berjaya dengan cemerlangnya menempuh minggu pertama persekolahan.
Semua daki-daki kemalasan dan perasaan hiba kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku bukan lagi kanak-kanak ribena yang makan lolipop sepolosen sedang diatasi perlahan-lahan. *mengengsot mungkin ? haha
Tahun ini genting,penuh gusar dan debar *kenapa ayat harus begitu berkonflik?
Sejujurnya aku masih belum tahu benar apa itu SPM
Setahu aku :
1.SPM adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
2.Wajib bagi pelajar Tingkatan 5 setiap sekolah di Malaysia.
3.Kalau gagal tak dapat jejak kaki ke universiti * tadika besar haha
4.Peluang kerja dan masa depan pun gelap saja kalau SPM gagal ! gagal ! gagal !

Mahu tak mahu,aku dah pun jadi calon SPM !!
-Will trying so hard to get rid my biggest bad attitude : LAZY /MALAS
-Bakal berjuang dengan 36 manusia lain di kelas 5O.
Kita akan jadi manusia yang rapat hingga ketat antara satu sama lain.
Setahun kita akan bermadu kasih dan beradu cinta di dalam kelas 5O.
-Bakal penat dan lelah dengan jadual yang padat maksimum
Kelas tambahan,Study Group,Kelas Pemulihan,Motovasi
-Akan kurang berdating dengan si Fudden di phone * kalau phone tak dirampas dan disita haha
Takut beliau dikebas orang *Tarik muka 14 lapis haha
-Akan kurang merewang bersama kawan-kawan makan ABC dan berbual macam tak ingat dunia
Okey ! Kadang-kadang kita buat jugak okey ? haha
-Bakal sakit bahu sebab bawa buku banyak-banyak pergi sekolah haha :D
-Bakal kurang lagi beberapa kilogram dan tinggal hanya tulang temulang ramping sebab akan kurang makan
-Bakal ada eyebag kat mata sebab kurang tidur.Bila tengok cermin mula keliru.Haha.
Imej yang ter-refleksi itu aku ke panda cina ? haha

Konklusinya,apapun akibat musabab implikasi natijahnya ,
Rempuh saja ! Haha !! Semangat mesti berkobar-kobar ! Api motivasi harus selalu membara !
Gomo SPM Gomo ! Yeahh :D





No comments:

Post a Comment